“Orang cakap saya tak ‘handsome’, tapi bini saya cakap ‘handsome’, esok pula jiran kata muka saya kena buat sesuatu, kalau gaduh pasal ni sampai bila pun tak habis.”Islam Larang lakukan Bedah Hanya Kerana Malu Dihina- Syamsul Debat

Loading...

“Orang cakap saya tak ‘handsome’, tapi bini saya cakap ‘handsome’, esok pula jiran kata muka saya kena buat sesuatu, kalau gaduh pasal ni sampai bila pun tak habis.”
Memetik laporan mStar, demikian reaksi penceramah bebas, Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail berhubung kesanggupan sekelompok masyarakat yang sanggup berhabisan ratusan ribu ringgit untuk membuat pembedahan semata-mata malu dihina atau diejek hodoh oleh masyarakat sekeliling.
Menurut Syamsul yang terkenal dengan jenakanya yang sinis dalam siri ceramahnya bahawa mengubah kejadian Allah dengan alasan malu dengan orang sekeliling sesuatu yang tidak dibolehkan dalam Islam.
Bagaimanapun katanya, dalam Islam terdapat beberapa kelonggaran untuk seseorang itu melakukan sesuatu bagi mengubah fizikal atau kejadian asalnya.
“Kalau buat pembedahan sebab sekadar malu saja tak boleh, sebab pandangan setiap orang tak sama.”
Dalam konteks ini, tegas Syamsul Allah telah memberikan yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaan-Nya dan ia perlu difahami setiap individu.
“Dalam Islam bila sesuatu itu berlebih-lebihan, memang tak betullah, kalau buat dengan niat baik dan ikut keperluan ia dibolehkan.” –
sumber : bm.cari.com.my
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*