Rupanya Selama Ini Kita Ditipu Dengan Iklan! Seorang Doktor Dedahkan Susu Pekat Mengandungi Gula Semata-Mata

Loading...

Pada 14 Disember lalu, seorang pengamal perubatan di Johor, Dr. Siti Juariah yang lebih dikenali sebagai Dr. Jue telah kongsikan satu artikel berkenaan fakta susu pekat manis yang sering kita gunakan dalam diet harian.

Menurut perkongsian oleh kenalan Dr. Jue, produk susu pekat manis sebenarnya mengandungi gula semata-mata dan bukannya susu lembu seperti yang ramai sangka sebelum ini!

Susu pekat manis adalah produk yang diproses dengan menambah gula dalam kuantiti yang banyak. Gula ini akan bertindak sebagai bahan pengawet dalam memastikan susu ini tahan lebih lama sehingga bertahun-tahun.

Di samping itu juga, kandungan gula yang tinggi juga mengakibatkan mikroorganisma di dalam susu mati sekali gus berfungsi untuk mengekalkan tahap steril pada produk ini.

Tambahan pula, kebanyakan produk susu pekat manis yang dijual di pasaran merupakan susu daripada rong kepala sawit sekali gus menafikan kewujudan susu lembu yang disejatkan di dalam susu pekat!

Lihat sahaja pada label tin-tin susu pekat di pasaran, kebanyakannya ditulis sebagai krimer manis!

Kandungan gula di dalam setin susu pekat manis juga dikhabarkan boleh mencapai 45% sementara kandungan susu segar hanyalah 10%.

Dengan ini, kita sudah tertipu dengan iklan-iklan yang mendakwa produk susu pekat manis mengandungi rendah lemak, pelbagai jenis vitamin sperti vitamin D, vitamin A dan vitamin B serta lebih Kalsium!

Semua ini adalah sekadar langkah untuk menarik pengguna supaya melariskan produk keluaran mereka.

Bayangkan kadar pengambilan susu pekat manis yang telah kita ambil selama ini. Kita bukan sahaja menggunakan susu pekat sebagai pemanis minuman, kita juga menggunakannya untuk membuat kuih-muih, kek, ABC dan sebagainya.

Malah, ada juga ibu bapa yang membancuh susu pekat manis sebagai pengganti kepada susu tepung lalu memberikannya kepada anak-anak.

Data daripada Kajian Nutrisi Dewasa Malaysia 2003 (MANS) menunjukkan bahawa setiap hari masyarakat Malaysia mengambil sejumlah 30 gram (3 sudu) susu pekat manis bersamaan dengan 16 gram gula!

Bukan sahaja itu, rakyat Malaysia juga dilaporkan telah menambah sebanyak 21 gram (4 sudu) gula di dalam minuman menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan gula tambahan adalah sebanyak 37 gram! Itu hanya data pengambilan gula di dalam minuman sahaja, belum makanan lagi ya!

Jika mengikut pecahan kaum, kaum Melayu merupakan kaum yang paling banyak mengambil gula termasuk susu pekat manis berbanding kaum lain.

Teh tarik adalah minuman wajib jika berkunjung ke restoran di Malaysia. Namun menurut pakar diet di Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor, satu gelas kecil air teh tarik (180ml) yang menggunakan 4 sudu makan susu pekat manis boleh memberikan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan juga lemak.

Jumlah kalori ini adalah bersamaan dengan jumlah kandungan gula di dalam minuman berkarbonat!

Menerusi kajian yang dijalankan pada tahun 2013, rakyat Malaysia dikategorikan sebagai penghidap obesiti paling tinggi di Asia dengan statistik 44% lelaki dan 49% wanita. Pada 2015 pula, hampir separuh rakyat Malaysia disahkan mengalami masalah kegemukan dan pelbagai penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi serta penyakit jantung.

Sejumlah empat hingga tujuh peratus pesakit kencing manis di Malaysia turut menderita kaki atau jari yang telah dipotong akibat komplikasi kencing manis. Oleh demikian, INGAT SUSU PEKAT MANIS, INGAT DIABETES DAN INGAT KOMPLIKASINYA!

*Mesej dari Bahagian Kesihatan Awam Malaysia

Sumber: Dr Jue/Facebook

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*